... berkongsi cerita dan hasrat hati...... sekadar mengisi masa dan menjana idea dari masa ke semasa...... marilah memeriahkan blog ni...
Jumaat, 28 Januari 2011
Rabu, 26 Januari 2011
Warna mengurangkan tekanan -
Sumber dari utusan Malaysia (25 jan 2011)
- Merah
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda mengalaminya letak tuala berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenalin
- Biru
Jika rasa tertekan, cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah 'screen saver' komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurang ketegangan
- Merah Jambu
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa di waktu malam, apa kata andamencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa... mungkin menjadi agak romantik
- Jingga
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cubalah dengan warna ini dan lihat hasilnya. InsyaAllah pasti mood berubah
- Hijau
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain menggalakkan suasana harmoni di dalam badan dan mampu melenyapkan keletihan
^^ marilah kita cuba sama-sama, kita selalu "ditemani" dengan tekanan kan... kita perlu mananganinya.. ^^ apa tunggu lagi...
Isnin, 24 Januari 2011
Tahun Baru 2011
Tahun baru muncul lagi... walaupun hampir berakhir untuk bulan Januari tetapi semangat tahun baru masih lagi membara..
Azam setiap tahun pasti berubah.. walau bagaimanapun impian tetap sama..
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelum ini... satu impian satu harapan ...