Sabtu, 26 Mac 2011

Cuci Mata lagi.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam jalan2 tengok kawasan perumahan baru dan masuk satu rumah ...
wow memang cantiklah..
jom kita tgk bahagian siling rumah dia.. cantik kan..

Memang best tengok... cantik

alangkah bahagianya dapat rumah ni..


Semua tu sebagai satu tanda aras untuk terus mengumpul duit merealisasikan impian.. hahaha.. moga impian menjadi nyata.... 

Selasa, 15 Mac 2011

Lampu Idaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ni masuk kedai lampu.. nak tengok lampu yang sesuai.
Wah! banyak betul pilihan.. sampai rambang mata.. seme nak, sambil tengok, mintak jugaklah pandangan tuan punya kedai kan... mana yang sesuai.. hehe


Duduk dalam kedai tu, naik pening sebab lampu yang pelbagai jenis.. fuhhh pening kepalaku..


Jom tengok antara koleksi lampu yang ade,, berkenan tak?? 

mula-mula sampai tengok bahagian ni dulu.. boleh tahanlah

cantik jugak kan, harga pun berbaloi...

lampu hiasan ni .. cantik...

lampu yang ni pun cantik jugak, kena pandai pilihlah kan

hmm yang ni nampak cool aje.. hehe

hmm yang ni memang tak tau mana satu yang sesuai, sekali tengok macam lebih kurang sama je.. berjuntai-juntai, tapi harga.. mak ooii...
lampu yang bahagian ni nampak cantik, i like.. hehe

Itulah antara lampu yang sempat dijamu mata ni.. penat nak memilih, tapi apa2 pun memang berbaloilah.. 






 

Rabu, 9 Mac 2011

Taman Astakona.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,

hai.. mlm ni tiba2 jadi rajin nak update entry hehe tapi masih lagi ttg keinginan hati ni.. kali ni tentang bahagian luar rumah pulak... ala tang halaman tu la...sebelum masuk rumah, tgk halaman dulu kan... hehe.. jom tengok "taman astakona"



hmm yang ni cam simple je sebab ruang terhad
almaklumlah orang pompuan kan memang minat nak menghias, minat bunga, minat kraftangan, rekacipta, dan macam2 lagilah.. begitu jugalah dengan saya..



bila tetamu datang, rasa tenang je..

wow ni lagi menarik kan....


 tapi yang ni nampak cam taman bermadu kasih je haha

Selamat menziarah taman impian hati..tu baru sikit je.. hehe

Ahad, 6 Mac 2011

Rumah Idaman Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari2 minggu ni memang masa untuk berehat dan mencari ilham hehe...

Rumah idaman.. ye seme orang ade rumah idaman kan... fuhh dh puas duk google cari rumah idaman, mcm2 design ade.. pening kepala kan...(cakap macam senang dapat je :) ) 
hurmmm dapat duit banyak macam2 boleh buat design rumah ikut kehendak sendiri.. tapi ade ke duit banyak tu??? Mana mau cari ye.. kena kerja, kerja dan kerjalahhh........ penatnye..

Rumah-rumah kat bawah ni.. memang cantiklah.. belum tengok bahagian dalam lagi tu...
Menarik kan..


Ini lagilah... dalam mimpi je...


Wow!!.. tengok jelah kot

 Ni bahagian dalam rumah.. rumah sapelah ni ye.. tumpang ambik semangat..
Bestnye


Susun atur yang ringkas


Kemas dan menarik


Kabinet dapur



Ringkas dan teratur
 


Warna yang berani dan cantik
 
Saje jelah nk bagi rasa semangat untuk dapatkan sesuatu.. kalau usaha pasti dapat apa yang diidamkan.. Anda pun boleh dapatkan ilham dari gambar-gambar yang tertera.. k selamat mencuci mata...

Rabu, 2 Mac 2011

Hanya Ingin Mengingatkan ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kita hidup di dunia ini hanya sementara.. banyak perkara yang berlaku tanpa kita sedari.. oleh itu beringatlah sebelum sesuatu yang buruk terjadi.. ketahuilah :

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

p/s:  perkongsian ini adalah untuk kebaikan bersama.. dari sumber2 tertentu..
salah silap harap dimaafkan...