- JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
- JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
- JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
- JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan. Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
... berkongsi cerita dan hasrat hati...... sekadar mengisi masa dan menjana idea dari masa ke semasa...... marilah memeriahkan blog ni...
Sabtu, 5 Februari 2011
Jumaat, 4 Februari 2011
Tragedi 1 Feb 2011
Tanggal 1 feb 2011, tarikh yang menjadi sejarah dalam kehidupan kami adik beradik.. Ucapan syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya kami masih lagi bernafas dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala..
Kejadian yang berlaku terlalu pantas, sekelip mata.. beginilah keadaannya...
Jumaat, 28 Januari 2011
Rabu, 26 Januari 2011
Warna mengurangkan tekanan -
Sumber dari utusan Malaysia (25 jan 2011)
- Merah
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda mengalaminya letak tuala berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenalin
- Biru
Jika rasa tertekan, cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah 'screen saver' komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurang ketegangan
- Merah Jambu
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa di waktu malam, apa kata andamencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa... mungkin menjadi agak romantik
- Jingga
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cubalah dengan warna ini dan lihat hasilnya. InsyaAllah pasti mood berubah
- Hijau
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain menggalakkan suasana harmoni di dalam badan dan mampu melenyapkan keletihan
^^ marilah kita cuba sama-sama, kita selalu "ditemani" dengan tekanan kan... kita perlu mananganinya.. ^^ apa tunggu lagi...
Isnin, 24 Januari 2011
Tahun Baru 2011
Tahun baru muncul lagi... walaupun hampir berakhir untuk bulan Januari tetapi semangat tahun baru masih lagi membara..
Azam setiap tahun pasti berubah.. walau bagaimanapun impian tetap sama..
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelum ini... satu impian satu harapan ...





