Saturday, March 26, 2011

Cuci Mata lagi.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam jalan2 tengok kawasan perumahan baru dan masuk satu rumah ...
wow memang cantiklah..
jom kita tgk bahagian siling rumah dia.. cantik kan..

Memang best tengok... cantik

alangkah bahagianya dapat rumah ni..


Semua tu sebagai satu tanda aras untuk terus mengumpul duit merealisasikan impian.. hahaha.. moga impian menjadi nyata.... 

Tuesday, March 15, 2011

Lampu Idaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ni masuk kedai lampu.. nak tengok lampu yang sesuai.
Wah! banyak betul pilihan.. sampai rambang mata.. seme nak, sambil tengok, mintak jugaklah pandangan tuan punya kedai kan... mana yang sesuai.. hehe


Duduk dalam kedai tu, naik pening sebab lampu yang pelbagai jenis.. fuhhh pening kepalaku..


Jom tengok antara koleksi lampu yang ade,, berkenan tak?? 

mula-mula sampai tengok bahagian ni dulu.. boleh tahanlah

cantik jugak kan, harga pun berbaloi...

lampu hiasan ni .. cantik...

lampu yang ni pun cantik jugak, kena pandai pilihlah kan

hmm yang ni nampak cool aje.. hehe

hmm yang ni memang tak tau mana satu yang sesuai, sekali tengok macam lebih kurang sama je.. berjuntai-juntai, tapi harga.. mak ooii...
lampu yang bahagian ni nampak cantik, i like.. hehe

Itulah antara lampu yang sempat dijamu mata ni.. penat nak memilih, tapi apa2 pun memang berbaloilah.. 






 

Wednesday, March 9, 2011

Taman Astakona.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,

hai.. mlm ni tiba2 jadi rajin nak update entry hehe tapi masih lagi ttg keinginan hati ni.. kali ni tentang bahagian luar rumah pulak... ala tang halaman tu la...sebelum masuk rumah, tgk halaman dulu kan... hehe.. jom tengok "taman astakona"



hmm yang ni cam simple je sebab ruang terhad
almaklumlah orang pompuan kan memang minat nak menghias, minat bunga, minat kraftangan, rekacipta, dan macam2 lagilah.. begitu jugalah dengan saya..



bila tetamu datang, rasa tenang je..

wow ni lagi menarik kan....


 tapi yang ni nampak cam taman bermadu kasih je haha

Selamat menziarah taman impian hati..tu baru sikit je.. hehe

Sunday, March 6, 2011

Rumah Idaman Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari2 minggu ni memang masa untuk berehat dan mencari ilham hehe...

Rumah idaman.. ye seme orang ade rumah idaman kan... fuhh dh puas duk google cari rumah idaman, mcm2 design ade.. pening kepala kan...(cakap macam senang dapat je :) ) 
hurmmm dapat duit banyak macam2 boleh buat design rumah ikut kehendak sendiri.. tapi ade ke duit banyak tu??? Mana mau cari ye.. kena kerja, kerja dan kerjalahhh........ penatnye..

Rumah-rumah kat bawah ni.. memang cantiklah.. belum tengok bahagian dalam lagi tu...
Menarik kan..


Ini lagilah... dalam mimpi je...


Wow!!.. tengok jelah kot

 Ni bahagian dalam rumah.. rumah sapelah ni ye.. tumpang ambik semangat..
Bestnye


Susun atur yang ringkas


Kemas dan menarik


Kabinet dapur



Ringkas dan teratur
 


Warna yang berani dan cantik
 
Saje jelah nk bagi rasa semangat untuk dapatkan sesuatu.. kalau usaha pasti dapat apa yang diidamkan.. Anda pun boleh dapatkan ilham dari gambar-gambar yang tertera.. k selamat mencuci mata...

Wednesday, March 2, 2011

Hanya Ingin Mengingatkan ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kita hidup di dunia ini hanya sementara.. banyak perkara yang berlaku tanpa kita sedari.. oleh itu beringatlah sebelum sesuatu yang buruk terjadi.. ketahuilah :

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

p/s:  perkongsian ini adalah untuk kebaikan bersama.. dari sumber2 tertentu..
salah silap harap dimaafkan...

Saturday, February 26, 2011

Kata-kata Rangsangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hmm saya suka dengan kata-kata di bawah ni..

"TINDAKAN yang kita ambil tidak selalunya membawa KEBAHAGIAAN tetapi kita TIDAK AKAN BAHAGIA TANPA sebarang TINDAKAN?


anda bagaimana? kata2 apa yang merangsang anda untuk melakukan sesuatu??
 

p/s : apa2 pun sebelum buat sebarang tindakan kena berfikir terlebih dahulu, mana tau tindakan yang kita buat akan menyebabkan kita sendiri yang rugi... fikir2kanlah..

Head over to this link & you can play the #MiloFuzeJamPack game. You would be the few lucky ones to walk away with prizes like iPad or even an iPhone. Cool or what!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai... hari-hari minggu macam ni apa kata rajin2 la klik kat link yang disertakan tu..
saje je isi masa kosong kan...hehehe..

Head over to this link & you can play the #MiloFuzeJamPack game. You would be the few lucky ones to walk away with prizes like iPad or even an iPhone. Cool or what!

Thursday, February 24, 2011

ANDA STRES?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni nak kongsi tentang stres pulak.. almaklumlah stres ni boleh dikatakan semua orang pun alami.. Stres tu macam gangguan la yang menyebabkan seseorang akan menjadi tidak menentu dan tertekan.... 
Jom tengok apa agaknya antara penyebabnyee...
Punca Stres
·         Masalah kewangan
·         Menunggu lama dan berasa bosan
·         Konflik rumahtangga
·         Konflik dengan rakan
·         Kena buli
·         Rasa rendah diri
·         Beban kerja
·         Kerja tertangguh
·         Faktor penyakit fizikal
·         Kesesakan lalu lintas
·         Persekitaran yang tidak selesa
·         Tragedi
·         Tiada sokongan

Gejala Stres
·         Gelisah
·         Risau keterlaluan
·         Gangguan tidur
·         Kurang tumpuan kerja/belajar
·         Cepat marah
Amalkan
·         Bertenang
·         Bernafas dengan dalam
·         Berkata “Relakslah” pada diri sendiri
·         Beribadat
·         Bercakap dengan seseorang / cari kawan berbual
·         Berurut
·         Berehat dan mendengar muzik
·         Beriadah
·         Bersenam
·         Berfikiran positif

p/s : itulah antara yang dapat dikongsikan...

Tuesday, February 22, 2011

25 Ways To Relax and Unwind

By Pharmvision Ventures
Lately have you tried relaxing or finding ways to unwind? If you are bogged down with heavy workload, pressing deadlines and other important matters, it is vital to take a break to recharge yourself. You?ll be causing harm to your body by subjecting it to long-term stress. Moreover, a recharged person is able to function more efficiently. The combination of a healthy body, mind and soul, does not only make you feel better but it also gives you an edge to perform better.
So take time out to unwind! Start by choosing any of these 25 ways.
  1. Read a book. Immerse yourself in something else besides work, such as fiction, inspirational stories or someone’s biography.
  2. Listen to music. Put on your favourite songs and let them boost your happy feelings.
  3. Watch a movie either in the comforts of your own home or at the cinema.
  4. Soak in a warm bubble bath.
  5. Have a karaoke session. Get your friends together and croon the night away. Do so at reasonable hours, please!
  6. Go jogging or running. Exercise is a great stress-buster.
  7. Dance. Feel the music?s rhythm and move your body to the beat.
  8. Go window-shopping. Check out your favourite shops. You don?t have to buy anything. However, some of us may find shopping as a form of therapy
  9. Take a walk at the park. Enjoy the fresh air and nature?s beauty.
  10. Pray. Prayer is healing and gives us inner peace.
  11. Chat on the Internet or on the phone. Meet new friends and keep in touch with old friends.
  12. Have a good laugh session. Just call your friends for teh tarik and share the funny moments of your lives.
  13. Write a snail mail to a dear friend. Nothing beats the old fashioned way of communication ? writing.
  14. Keep a journal. Writing is a form of therapy and can help you to understand yourself better. Pour out your inner feelings or whatever frustrations you are facing.
  15. Play with your pet. If you don’t have a pet, perhaps you?d like to get one. A cat, fish, rabbit, ? you take your pick.
  16. Take a vacation. A change of environment and excitement can be a great way to recharge.
  17. Plant some flowers. Watching the seeds sprout to life can be a wonderful reminder of the wonders of life.
  18. Go fishing. Find a quiet spot - pond, river, beach or even those commercial fishing ponds - to cast the hook and wait for the bite.
  19. Play with a child. Children can be wonderful reminders of what truly matters in life.
  20. Go for a picnic at the beach. If the beach is too far away, the park could be another choice. Have a jolly good time with your loved ones.
  21. Draw or paint. Let the creativity flow. Express yourself with colours, strokes and the use of graphics.
  22. Go for a hike. Enjoy nature as you track uphill.
  23. Sleep. Have a good night sleep. An afternoon siesta may help to recharge you too.
  24. Relaxation exercises. Take up meditation, yoga and deep breathing.
  25. Pamper yourself. Treat yourself to a manicure, pedicure, massage and a new hair cut.
This article is written in-house by a staff of Pharmvision Ventures and has been reviewed by Dr Amran Ahmad

p/s : sharing is caring..

Monday, February 21, 2011

PENAWAR KEPENATAN, AMALKAN...


Beginikah keadaan anda ketika penat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Marilah sama-sama kita amalkan ajaran Rasulullah s.a.w ini

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada semua pembaca atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Contoh keadaan pelajar ketika kepenatan..















** Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua..

Thursday, February 17, 2011

Renungan

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa.
Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan airmata.
Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberikan kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.

Tapi sedarkah kita?

Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH...
Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN..."

-sekadar berkongsi  

Saturday, February 5, 2011

RENUNGAN UNTUK SEMUA, Selamat beramal.....
  •  JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  •  JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  •  JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan. Kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  •  JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

                                                                                                      
  -dari sumber tertentu-

Friday, February 4, 2011

Tragedi 1 Feb 2011

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera..
Keadaan kereta ketika kejadian berlaku

bahagian belakang yang telah dirempuh oleh sebuah kereta perdana


Kemalangan yang berlaku di highway mex km 21..

Tanggal 1 feb 2011, tarikh yang menjadi sejarah dalam kehidupan kami adik beradik.. Ucapan syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya kami masih lagi bernafas dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala..
Kejadian yang berlaku terlalu pantas, sekelip mata.. beginilah keadaannya...

Wednesday, January 26, 2011

Warna mengurangkan tekanan -

Sumber dari utusan Malaysia (25 jan 2011)


  • Merah

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda mengalaminya letak tuala berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenalin

  • Biru

Jika rasa tertekan, cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah 'screen saver' komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurang ketegangan


  • Merah Jambu

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa di waktu malam, apa kata andamencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa... mungkin menjadi agak romantik


  • Jingga

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cubalah dengan warna ini dan lihat hasilnya. InsyaAllah pasti mood berubah


  • Hijau

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain menggalakkan suasana harmoni di dalam badan dan mampu melenyapkan keletihan


^^ marilah kita cuba sama-sama, kita selalu "ditemani" dengan tekanan kan... kita perlu mananganinya.. ^^ apa tunggu lagi...

Monday, January 24, 2011

Tahun Baru 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Tahun baru muncul lagi... walaupun hampir berakhir untuk bulan Januari tetapi semangat tahun baru masih lagi membara..

Azam setiap tahun pasti berubah.. walau bagaimanapun impian tetap sama..

Semoga tahun ini lebih baik dari sebelum ini... satu impian satu harapan ...